MyPhotoLUVers

Jumaat, Januari 21, 2011

Klik!!! January 2011


BANGUNAN SULTAN IBRAHIM, BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU, JOHOR.
Nak tahu tentang sejarah  nya ??!! KLIK disini,

Khamis, November 18, 2010

Hari Raya Aidil Adha 2010


HUKUM IBADAT KORBAN
Hukum bagi ibadat korban ialah Sunat Muakkad(Sunat yang dituntut dalam agama Islam)
PENGERTIAN IBADAH KORBAN
Iduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.
Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia. Ini bermakna samada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya alahimussolatuwassalam.
Maksudnya: “Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian.”
As-Saafaat ayat 103-107:
” daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, bahawa tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari raya haji yang paling disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Ternakkan yang dikorbankan itu akan datang kepada Mereka yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan asalnya iaitu, lengkap dengan tanduknya, bulunya, kukunya, darah korban itu lebih dahulu jatuh kesuatu tempat yang disediakan Allah sebelum dia jatuh kebumi ( yakni pahalanya disegerakan Allah ). Maka dengan sebab itu hedaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri sendiri ” .
( Hadis Riwayat Tirmizi )
” Darah yang mengalir dari binatang yang dikorbankan juga daging yang diperolehi dari binatang tersebut, sekali-kali tidak sampai kepada Allah. Akan tatapi yang sampai kepada Allah adalah ketakwaan dalam diri kamu. Begitulah Allah permudahkan binatang-binatang itu untuk kamu agar kamu membesarkan Allah atas apa yang dia anugerahkan kepada kamu dan berilah khabar gembira kepada orang yang melakukan kebaikan ” .
( Surah al-Haj : 37 )
Fadhilat Ibadat Korban
- Meningkatkan amal kebajikan
- Sebagai penebus kesalahan dan dosa
- Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t.
- Memperingati peristiwa ketaatan dan keimanan Nabi Allah Ibrahim a.s untuk
mengorbankan anaknya Nabi Allah Ismail a.s.

Isnin, November 08, 2010

Rabu, Oktober 13, 2010

Suara Ku Berharap


Suara Ku Berharap:

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku

Sabtu, September 04, 2010

Sang Singa Bernama Christian


Kisah kali ini mengisahkan seekor anak singa yang telah dibela oleh dua orang pemuda pada tahun 1969 iaitu John Rendall dan Ace Bourke melihat seekor anak singa dijual di Harrods. Melihat anak singa yang terkurung dan kesepian di kandang yang sempit, mereka pun memutuskan untuk membawanya pulang ke kediaman mereka.

Pendeta setempat telah mengizinkan mereka untuk melatih anak singa tersebut, yang kini telah di beri nama Christian, di halaman gereja. Waktu berlalu, dan dalam waktu singkat anak singa ini terus membesar sehingga terlalu besar untuk di kediaman mereka. Tak ada jalan lain, mereka pun akhirnya bercadang untuk menghantar Christian ke tanah Afrika untuk tinggal di sana.

Setahun kemudian mereka pun ingin mengunjungi Christian, tapi mereka diberitahu bahwa Christian sekarang telah menjadi pemimpin singa yang buas dan tidak akan mengenali mereka lagi. Walaupun mendapat informasi yang berbahaya ini, mereka tidak gentar dan merasa takut dan mereka tetap pergi mengunjungi Christian.

Setelah menunggu beberapa minit menunggu Christian, dan bertemu muka dengan singa yang buas ini, inilah yang telah dirakam dan terjadi……….sungguh mengharukan! Cinta kasih antara sesama makhluk ciptaan Tuhan ini telah membuat jutaan orang yang menyaksikannya meneteskan air mata da terharu melihat keakraban mereka.