MyPhotoLUVers

Rabu, September 19, 2012

MyPhotoLuvers ~ Seorang Sahabat Juga Seorang Adeq.


Seorang Sahabat Juga Seorang Adeq

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
2. Seorang sahabat dan juga  seorang adeq. Begitulah sayang nya seorang abang kepada adeq   nya...
3 Persabatan dan pertemuan ini serta hubungan kekeluargaan terjalin atas dengan kehendak-Nya. Sama juga persahabatan yang lain kecuali yang ini agak terlalu istimewa...
4. Kami bukanlah adeq beradeq, tapi , uhkuwah dan talian persahabatan kami melangkaui ikatan kekeluargaan. Apa yang terjalin adalah datang nya dari satu keikhlasan tentang hubungan sesama  insan.
5. Kami sudah tahu isi hati kami, kami kongsi cerita suka dan duka. Umpama yang kiri terluka, kanan juga terasa pedihnya. Ini bukanlah kawan semasa senang tetapi ini teman dan adeq seperjuangan.
6. Teman yang juga adeq dunia dan akhirat.
7. Kasihnya hebat, lebih dari seorang abang kepada adeqnya. Resah dan sendu serta gundah gulana , senada dan seirama dengan lengok cerita abangnya.
8. Hormat adeq kepada abang tidak berbelah bagi..
9. Sayang dan kasihnya abang kepada teman juga adeq ini umpama kasih Muhammad kepada Abu Bakar dan sebaliknya...
10. Kami kongsi kisah hidup, kuah sama hirup, sambal sama dicolek. Terapung sama hanyut, terendam sama basah...
11. Tidak dapat dicari golok ganti, tiada nilai yang dapat diberi...
12. Sahabat yang juga adeq yang abang kasihi, maafkanlah jika selama ini dalam persahabatan dan perhubungan kekeluargaan ini , ada kesilapan zahir dan bathin , ada nista yang melukai hati. Sesungguhnya sejak azali lagi abang telah sudah pun memaafkan setiap kesalahan mu. Dan sesungguhnya, engkau begitu menyenangkan diriku dalam setiap waktu...Mohon ampun dan maaf..kerana sesungguhnya , takut esok tiada kesempatan..
13. Ya Allah, Kau rahmatilah dan berkati lah talian persahabatan dan kekeluargaan kami yang telah terjalin ini...Kau lindungilah kami supaya dengan itu dapat kami bersama-sama mencari keredhaan-Mu...
14. Terimalah penghargaan dari seorang sahabat juga abang buat seorang sahabat juga adeq....

SEPI bukan bererti HILANG
DIAM bukan bererti LUPA
JAUH bukan bererti PUTUS
kerana diantara kita ada SATU ikatan yang tiada mudah dilupakan iaitu, "PERSAHABATAN"...


Ikhlas dari qu seorang sahabat juga abang untuk sahabat yang juga seorang adeq....

Saiful Faizal Hj Juari