MyPhotoLUVers

Jumaat, Ogos 06, 2010

Gaul OK !.. Cari Duit pun OK !!!



Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia memberi banyak mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.


Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus bekerja.


Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Hal ini amat digalakkan oleh kerajaan memandangkan institusi kekeluargaan kini semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian longgar.


Melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatif terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka


Melancong bersama keluarga banyak faedahnya. Jadikan aktiviti ini untuk mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan merehatkan tikiran yang dipenuhi dengan bebanan kerja.


Pada masa sekarang, sambil melancong Anda juga boleh mendapatkan komisyen sebanyak USD 500 dan USD 10,000 berulang-kali dengan mendaftar di TVI Express . Untuk keterangan lanjut sila hubungi,


Saiful Faizal Juari 019-760 6011

Ria Marini 012-700 8983

Ziella & Nazrill 019-753 9660

Group RINI_003 Johor Bahru, Malaysia.


Untuk mereka yang berada di Indonesia,

Untuk keterangan lanjut sila hubungi,

Pak Khaidir Mudahar Amin

Batam, Indonesia.

Mobile Phone. 0062811700831


Atau Layari laman web kami,



Jom melancong...! Kapan lagi...? Kalau bukan sekarang....

Fadhilat Solat...



Hati tenang jika solat diterima.

BEGITU besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhluk pun yang mampu menghitung besarnya kurniaan yang diberikan Allah itu.

Rahmat Allah yang luas diberikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya, tidak kira kepada orang yang beriman ataupun mereka yang ingkar perintah serta suruhannya.

Bagaimana mengetahui seseorang itu menerima nikmat Allah ialah apabila ia berasa damai serta tenang dalam diri kerana ibadatnya diterima Allah.

Hati menjadi tenteram malah segala aktiviti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, serta menerima apa juga ganjaran dengan perasaan reda.

Jika perasaan reda dan sabar bersatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang, maka itulah tanda amalan yang dilakukannya diterima Allah.

Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadat, namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati, ini membuktikan amalannya tidak diterima Allah.

Umpamanya dalam ibadat solat, Allah dengan tegas menjelaskan: “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”

Realitinya, ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, membuktikan amalan solatnya tidak diterima kerana ibadatnya tidak memenuhi ketentuan yang digariskan Allah.

Puncak daripada diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingati Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman, hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”

KISAH BUMI DAN LANGIT


KISAH BUMI DAN LANGIT

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.