Bagaimana mengetahui seseorang itu menerima nikmat Allah ialah apabila ia berasa damai serta tenang dalam diri kerana ibadatnya diterima Allah.
Hati menjadi tenteram malah segala aktiviti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, serta menerima apa juga ganjaran dengan perasaan reda.
Jika perasaan reda dan sabar bersatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang, maka itulah tanda amalan yang dilakukannya diterima Allah.
Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadat, namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati, ini membuktikan amalannya tidak diterima Allah.
Umpamanya dalam ibadat solat, Allah dengan tegas menjelaskan: “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”
Realitinya, ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, membuktikan amalan solatnya tidak diterima kerana ibadatnya tidak memenuhi ketentuan yang digariskan Allah.
Puncak daripada diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingati Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman, hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan